KUALA LUMPUR, Khamis: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg pada malam Khamis telah mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli Parlimen dan Dewan Negara GPS sempena Persidangan Parlimen Kelima Belas Penggal Ketiga yang sedang berlangsung di sini.
Pada perjumpaan tersebut ahli-ahli Parlimen dan para senator telah diberi taklimat oleh Peguam Besar Negeri, Datu Saferi Ali mengenai beberapa aspek cadangan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan melibatkan kewarganegaraan yang akan dibentangkan di Parlimen.
Perbincangan juga berkisar tentang pindaan kepada Akta Pekerja dan pandangan Sarawak ke atas akta tersebut yang melibatkan kedudukan Ordinan Buruh Sarawak.
Di samping itu, Premier telah memberi pencerahan kepada ahli parlimen dan senator mengenai penjanaan kuasa melalui konsep “cascading” yang akan bermula di Kapit.
Antara yang hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Fadillah Yusof, Speaker Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Dato' Sri Nancy Shukri, Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perpaduan Negara, Dato Aron Dagang Ago dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar bin Marzuki dan Timbalan-Timbalan Menteri Persekutuan.